BICARA TENTANG HATI

saya teringat kisah-kisah percintaan yang dahulu telah lama ditinggalkan. Indahnya saat itu tetapi sampai satu ketika apabila keindahan tersebut diselitkan dengan kedukaan hanya menjadi perit sekali.
Semalam saya berbual dengan teman..sahabat yang sentiasa berkongsi pandangan. Saya terkesan apabila beliau mengatakan saya adalah seorang yang memerlukan seseorang yang menyayangi saya sepenuh hati.....Mungkin sikap saya yang dikenalinya menganjurkan sahabat saya berkata sedemikian...
Saya hanya terdiam..sedikit berfikir dan tidak perlu saya menafikannya kerana sesiapa saja di dunia ini memerlukannya. Dalam perbualan, kadang kala ada kenyataan yang disorokkan mungkin bersifat peribadi yang abstrak. Sedikit complicated untuk memahaminya tetapi bagi saya yang pernah belajar phisikologi saya rasa tidak sukar untuk menangkap peri maksud di balik kata-katanya.
Hati siapa yang perlu diperhalusi...hati seorang wanita atau hati seorang maskulin yang memberi makna yang cukup mendalam dengan berselindung di balik yang mengalir di dalam dirinya...Ada perkara disembunyikan kerena menitik beratkan masalah insan tertentu....betul tak sahabat...

0 comments: