ANTARA SHARLINIE DAN KEKEJAMAN MARS

MARS, putera Jupiter dengan permaisurinya, Juno adalah dewa perang yang haus darah. Badannya tegap, gagah dan berwibawa, dibaluti pakaian perang yang ber gemerlapan. Sebenarnya tiada apa yang boleh dibanggakan terhadap sang dewa. Tidak ada satu pun kisah yang menyanjung kehebatannya, karena sebagai dewa perang kegemarannya hanyalah menyaksikan kekerasan, pertumpahan darah, korban yang berjatuhan dan peradaban yang hancur. Sikap tersebut juga sama sekali tidak disenangi oleh bapanya. Pernah sang ibu, Juno menghadap Jupiter, memohon supaya Mars diseret dari medan perang dalam keadaan memalukan. Jupiter setuju. Dia memerintahkan Minerva, puteri sulungnya melakukan hal tersebut. Peristiwa itu terjadi ketika Perang Troy berlangsung. Juno yang memihak Yunani hampir mengalami kekalahan kerana Mars berjaya mengkucar-kacirkan tentera ibunya. Sebenarnya Mars turut membenci Pax dan Ceres, dewi-dewi yang mencintai kedamaian. Namun, dia harus berhati-hati terhadap mereka kerana Minerva yang juga mencintai perdamaian selalu membela kedua-dua dewi itu. Meskipun Mars adalah dewa perang, dia selalu berada di pihak yang kalah bila berhadapan dengan Minerva. Sang dewi tidak hanya mempunyai kekuatan fizikal tetapi terkenal dengan kehandalan taktik serta strategi perang yang dilandasi tekad yang kuat untuk membela kedamaian. Percaya atau tidak, tidak semua dewa dan dewi membenci keganasan. Mars mempunyai sahabat dan pengagum, Discordia - dewi kebencian yang senang dengan perpecahan. Juga, Venus, dewi cinta dan kecantikan yang terpesona oleh kegagahannya. Perkahwinan Mars dan Venus melahirkan anak-anak yang seperti selalu dikatakan bahawa batas antara cinta dan kebencian amatlah nipis, iaitu Cupid, dewa asmara; Anteros, dewa nafsu birahi; Hymen, dewa perjodohan; Hermione, pembawa harmoni; Phobos dan Deimos, ketakutan dan kekerasan; serta Bellona, dewi perang yang menjadi pemandu kereta kuda ayahnya. Sharlinie Mohd. Nashar pula hanya seorang gadis kecil berusia lima tahun. Seorang watak yang berada di alam realiti dan wujud dalam sebuah kisah nyata yang sama sekali berbeza dengan latar kayangan dan gunung-gunung di banjaran Olympus dalam mitologi Yunani tersebut. Pada 9 Januari lalu anak-anak yang tidak mengerti apa-apa tersebut diculik dan dilarikan oleh ‘pengikut-pengikut’ setia Mars yang tidak pernah mengenal erti jemu dalam melakukan kejahatan. “Telah aku katakan, jiwa dan sikap ganas Mars tidak akan pernah mati. Ia akan sentiasa ada pada manusia. Mungkin ia hanya akan berakhir setelah bumi dan alam maya ini musnah. “Jangan tanyakan padaku bila. Aku sendiri tidak tahu karena kejahatan dan keganasan itu tersimpan kukuh dalam dada mereka,’’ kata Eric Moore, watak dalam novel Red Leaves: Tale of Murder and Suicides karya Thomas H. Cook (2006). Kisah kebuasan dan keganasan Mars dalam mitologi Yunani itu sentiasa hidup. Cuma Cook melihat dalam perspektif berbeda yaitu penculikan dan keganasan melampau terhadap anak-anak yang tidak berdosa. Ketika hidup begitu sempurna, ada saja sesuatu yang memusnahkan segalanya. Bermula dengan penculikan seorang gadis kecil bernama Amy Giordano. Ia disusul kejadian yang membongkar banyak rahsia masa lalu. Eric Moore begitu terusik oleh rasa ingin tahu yang membadai di batinnya, ditambah keinginan untuk melepaskan puteranya daripada jerat tuduhan yang mengerikan. Benarkah putranya seorang penculik dan pembunuh? Benarkah remaja lima belas tahun itu mengidap padofilia? Eric sama sekali tidak menyangka, kehilangan gadis cilik itu cuma awal dari rentetan malapetaka yang akan menimpanya - satu demi satu orang yang dicintai terbunuh.... Sebenarnya tidak ada kekuatan bermakna dalam novel tersebut. Namun, ada unsur menarik yang diutarakan iaitu kebuasan segelintir manusia yang tidak pernah berpenghujung, sama seperti sikap Mars. Hari ini ‘keturunan’ Mars tersebut senantiasa ada. Di Iraq, Afghanistan, Palestin dan beberapa penjuru dunia lagi, manusia terbunuh dan dibunuh tanpa alasan yang logik. Darah terus ditumpahkan membasahi bumi. Begitu juga Sharlinie dan Siti Nor Azreen ,para aktifis yang diculik tanpa sebab atau jendral Ahmad yani dibunuh kejam tanpa sekelumit rasa belas kasihan. Mereka adalah mangsa manusia-manusia ‘Mars’ tersebut. “Masyarakat dunia hari ini sebenarnya berada dalam konflik dan polemik budaya termasuk krisis peribadi. Ada arus kuat yang dilihat mengancam hidup manusia seperti konsumerisme dan teknologi yang semakin rencam. “Kekacauan budaya tersebut memberi kesan psikologi yang luar biasa. Akhirnya akan ada penyimpangan sosial. Rasa kemanusiaan bukan lagi perkara utama,’’ tulis Juergen Moltman dalam Future Theology (1979). Namun, haruskah kita membiarkan ‘Mars-Mars’ hasil daripada perubahan dan penyimpangan sosial tersebut terus berleluasa? Kita tidak tahu anak-anak siapa akan menjadi mangsa selepas ini dan seterusnya. Cuma kita berharap akan terus muncul ‘Minerva, Pax’ dan ‘Ceres’ untuk terus memperkasakan penguatkuasaan undang-undang dan menghapuskan pengikut-pengikut kejam ‘Mars’

0 comments: